Aksi berani lelaki berkerusi roda paut belakang lori tular

Aksi 'berani' lelaki berkerusi roda paut di belakang kiri lori tular di media sosial.
Aksi 'berani' lelaki berkerusi roda paut di belakang kiri lori tular di media sosial.
A
A
A

PRETORIA - AFRIKA SELATAN. Tindakan seorang lelaki berkerusi roda berpaut di belakang sebuah lori membuatkan pengguna di sebuah lebuh raya cemas sekaligus aksi itu mengundang bahaya.

Rakaman video 30 saat itu berlaku di Pretoria hingga tular di media sosial.

Memetik Fox News, video itu memaparkan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan tangan kanannya untuk berpaut pada sebuah lori dengan masa kurang seminit.

Aksi itu boleh mengundang padah apabila selang beberapa saat, lelaki itu hampir dilanggar sebuah kereta berwarna merah namun sempat memperlahankan kenderaanya itu.

Lelaki itu memaut belakang sebuah lori dianggarkan sedang memecut dengan kelajuan tidak kurang dari 60 km sejam di lorong tengah lebuh raya tersebut.

Selang beberapa saat, lelaki itu dilihat melepaskan tangannya dan mengawal kerusi rodanya sendiri sebelum tiba di tepi jalan.

Selain video itu, netizen juga ada berkongsi satu klip video yang turut memaparkan seorang lelaki berpaut di belakang kiri lori sebelum dilepaskan dan tiba di tepi jalan.

Bagaimanapun video berdurasi 20 saat itu tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua adalah lelaki yang sama atau tidak.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, agensi pengurusan trafik Afrika Selatan mengecam tindakan berbahaya itu.

Dalam kenyataan agensi di laman Facebook rasmi, sebuah negara kehilangan 14,000 orang dalam tempoh setahun berikutan kemalangan jalan raya.

"Tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima dan kami mengutuk aksi itu," katanya.