ISHRAF 2.0 diperluas untuk bimbing lebih ramai usahawan asnaf

Acara menandatangani MoU antara SME Bank dan YaPEIM pada Khamis telah disempurnakan oleh Noh dan Idris serta wakil daripada rakan strategik Program ISHRAF.
Acara menandatangani MoU antara SME Bank dan YaPEIM pada Khamis telah disempurnakan oleh Noh dan Idris serta wakil daripada rakan strategik Program ISHRAF.
A
A
A

SHAH ALAM - SME Bank bersama rakan strategiknya, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperbesarkan pelaksanaan inisiatif Program Keusahawanan Asnaf (ISHRAF).

Inisiatif baharu dijalankan di bawah program yang dilaksanakan khusus untuk membangunkan usahawan asnaf itu melibatkan usahawan asnaf dari enam buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, peluasan skop dalam program ISHRAF 2.0 itu akan membabitkan penyertaan daripada 79 orang usahawan asnaf di dalam negara.

“Langkah ini diambil setelah melihat kepada kejayaan peserta Program ISHRAF 1.0 di mana 20 orang peserta telah berjaya mencatatkan jumlah jualan terkumpul sebanyak lebih RM1.35 juta bagi tempoh satu tahun menyertai program ini,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pelaksanaan Program ISHRAF 2.0 dengan kerjasama YaPEIM dan SME Bank itu diharap dapat meningkatkan bilangan usahawan berkualiti, berdaya saing dan berinovatif.

Beliau berkata, YaPEIM melalui Bahagian Pembangunan Usahawannya juga aktif membantu usahawan khususnya berstatus asnaf dengan mewujudkan inisiatif khas dengan nama Inspirasipreneur Dream sebagai antara komponen utama di bawah Program Inspirasipreneur.

Katanya, seramai 4,232 usahawan telah dibantu di bawah inisiatif khas itu dengan sasaran keseluruhan 8,600 orang akan dibantu.

“Dengan pemeteraian kerjasama ini, ia diharap menjadi batu loncatan kepada semua pihak terutama usahawan asnaf menambah baik perniagaan masing-masing seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, pihaknya menyediakan dana zakat berjumlah RM600,000 bagi program ISHRAF 2.0 dengan SME Corp Malaysia (SME Corp) turut menyediakan dana tambahan sebanyak RM190,000.

Katanya, selain daripada mengikuti program latihan dan bimbingan yang komprehensif, setiap peserta akan diberi RM10,000 untuk digunakan bagi tujuan pembangunan perniagaan.

Dalam pada itu, SME Bank memaklumkan bahawa Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) telah dilantik sebagai pembimbing perniagaan yang akan menyediakan latihan dan memantau perkembangan peserta sepanjang program.

Topik latihan keusahawanan dipelajari oleh peserta termasuk Strategi Pemasaran dan Penjualan, Kemahiran Pendigitalan, Pengurusan Kewangan, Proses dan Operasi serta Pengurusan Modal Insan.

Menurutnya, antara petunjuk prestasi utama perlu dicapai oleh peserta termasuk peningkatan jualan, penambahan pekerja dan produksi serta perkhidmatan baharu serta adaptasi teknologi