Lapan maut, 17 cedera letupan bom kereta di Mogadishu

Keadaan di tempat kejadian selepas sebuah kereta meletup dalam serangan berani mati berhampiran sekolah rendah dan menengah di daerah Hodan di Mogadishu, Somalia. - Foto Reuters/Feisal Omar
Keadaan di tempat kejadian selepas sebuah kereta meletup dalam serangan berani mati berhampiran sekolah rendah dan menengah di daerah Hodan di Mogadishu, Somalia. - Foto Reuters/Feisal Omar
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya lapan orang maut, manakala 17 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta oleh pengebom bunuh diri di sini Khamis, kata polis.

Seorang pegawai polis berkata, penyerang itu menyasarkan konvoi yang mengiringi pasukan keselamatan asing, berhampiran sebuah sekolah di daerah Hodan, Mogadishu dan angka korban mungkin meningkat.

"Kejadian berlaku di hadapan sekolah Muasir dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban," kata pegawai polis itu kepada Xinhua.

Militan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: