X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tunggangan lebih kuasa dengan Yamaha Tracer 9 GT Sports Touring baharu

Yamaha Tracer 9 GT ditawarkan dengan pilihan warna Icon Performance (kiri) dan Redline.
A
A

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat penambahan terhadap penawaran model jenis motosikal besarnya dengan memperkenalkan Yamaha Tracer 9 GT Sports Touring baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Datuk Jim Khor berkata, Yamaha Tracer 9 GT itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Icon Performance dan Redline pada harga runcit yang disyorkan (RPP) iaitu RM 69,498.00 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Beliau berkata, motosikal terbaharu itu memberikan penunggang perjalanan yang berkuasa tetapi selesa sama ada semasa penunggangan solo berulang-alik ke tempat kerja atau ketika melancong pada hujung minggu bersama penumpang dan bagasi.

Antara ciri utama Yamaha Tracer 9 GT ialah ia dikuasakan oleh enjin 3-silinder penyejuk cecair 889cc yang baharu dibangunkan dengan ciri lebih ringan, pantas dan berkuasa melalui gabungan Tracer 9 GT bagi memastikan kecekapan pembakaran yang lebih baik dan badan lebih ringan sekali gus menjamin penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Tracer 9 GT juga mempunyai ciri yang dibangunkan bersama Suspensi elektronik Yamaha dan KYB yang akan membolehkan sistem peredamnya menyumbang kepada penstabilan motosikal apabila kembali memulakan perjalanan untuk memberikan prestasi ‘sporty’ dan penunggangan yang selesa.

Yamaha Tracer 9 GT turut tampil dengan Unit Pengukuran Inersia 6-paksi (IMU) yang baru dibangunkan, terdiri daripada three-riders aids iaitu Sistem Kawalan Daya tarikan (“TCS”), Sistem Kawalan Slaid (“SCS”), dan sistem kawalan LIFt roda hadapan (“LIF”).

Ketiga-tiga sistem itu berfungsi bersama untuk membantu memberikan penunggang kawalan yang lebih padu dalam pelbagai cuaca dan keadaan permukaan.

Sebagai tambahan, sistem ‘cruise’ pada Tracer 9 GT boleh digunakan apabila menunggang sekurang-kurangnya 50 kilometer sejam (km/j) dan ketika gear keempat atau lebih tinggi untuk memudahkan penunggangan.

Untuk menambah baik fleksibiliti Tracer 9 GT, motosikal ini didatangkan dengan rekaaan kedudukan tunggangan boleh laras untuk menampung penunggang dari pelbagai bentuk fizikal.

Ia juga dilengkapi sepenuhnya oleh pencahayaan premium lampu diod pancaran cahaya (LED) penuh berkualiti, dengan lampu hadapan LED dwi-fungsi dan fokus tunggal untuk memberikannya penampilan baharu yang dinamik dalam apa jua keadaan.

Manakala LED generasi baharu bagi lampu selekoh pula menyerlahkan puncak setiap sudut untuk membantu membimbing penunggang ketika waktu malam gelita.

Tracer 9 GT juga dilengkapi dengan Paparan TFT Warna Penuh Berkembar 3.5 inci yang menyediakan data intuitif dan mudah dibaca bagi membolehkan penunggang menumpukan perhatian terhadap tunggangan sambil mendapat maklumat penuh mengenai prestasi motosikal..

Yamaha Tracer 9 GT boleh didapati di semua pengedar Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula 25 November 2021.

Seramai 300 pembeli pertama model tersebut akan menerima Pouch Kunci Big Bike rekaan Royal Selangor, manakala setiap pembeli Yamaha Tracer 9 GT akan menerima kunci keselamatan cakera.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!