Dua PPS di Kubang Pasu ditutup

PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Changlun, Kubang Pasu kembali ditutup pada jam 4 petang pada Khamis selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang. FOTO APM KUBANG PASU
PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Changlun, Kubang Pasu kembali ditutup pada jam 4 petang pada Khamis selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang. FOTO APM KUBANG PASU
A
A
A

ALOR SETAR - Keadaan banjir semakin pulih di Kedah apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu ditutup pada jam 4 petang Khamis selepas 53 mangsa daripada 11 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, dua PPS yang ditutup itu adalah Dewan Kampung Lahar dan Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang.

Menurutnya, hanya satu PPS sahaja yang masih dibuka di daerah Kota Setar iaitu di Sekolah Kebangsaan Gunung.

"Mangsa banjir di daerah Kubang Pasu sudah pun dibenarkan pulang selepas dua PPS di daerah ini ditutup pada jam 4 petang berikutan keadaan banjir pulih di daerah tersebut.

"Hanya 42 mangsa daripada 11 keluarga lagi yang masih tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan Gunung di Daerah Kota Setar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: