X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

MAFI pandang serius isu warga asing jadi tauke padi

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memandang serius penglibatan warga asing dalam sektor penanaman padi termasuk tindakan sebilangan mereka mengubah tanah sawah kepada kebun sayur-sayuran yang lebih menguntungkan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, perbuatan sedemikian akan menyebabkan kawasan penanaman padi dalam negara berkurangan.

“Kita memandang serius penglibatan warga asing dan perkara ini telah pun kita laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab celahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) berhubung laporan media bahawa terdapat warga Bangladesh dan Rohingya yang mengusahakan tanaman padi dengan menyewa sawah daripada pemilik.

Seramai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan bebas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM3,281,428,300 yang diperuntuk kepada MAFI dalam Bajet 2022 dengan lebih suara menyokong. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!