Lori wakaf mudahkan urusan Jawi Food Bank

Mohd Ajib (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan lori Jawi Food Bank di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana pada Khamis.
Mohd Ajib (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan lori Jawi Food Bank di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) menerima sebuah lori khas yang akan digunakan untuk penghantaran bantuan Jawi Food Bank.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, lori bernilai RM120,000 itu merupakan hasil sumbangan wakaf untuk memudahkan urusan penghantaran bantuan tersebut kepada golongan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan.

"Jawi Food Bank adalah inisiatif bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan rakan strategik di bawah misi Musa’adah Covid-19 yang menyediakan bantuan barangan keperluan asas sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020.

"Sehingga November lalu, sejumlah 271,145 pek barangan seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bernilai RM4. 8 juta telah diagihkan kepada penerima," menurut kenyataan itu, pada Khamis.

Simbolik penyerahan disaksikan oleh Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana pada hari sama.

Jawi memaklumkan, antara penerima yang mendapat manfaat itu termasuk golongan asnaf, B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah, gelandangan, barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan) serta masyarakat bukan Islam.

Artikel Berkaitan: