Rakyat dijemput sertai kaji selidik Undang-undang Anti Lompat Parti

Poster Kaji Selidik awam mengenai Undang-undang Anti Lompat Parti.
Poster Kaji Selidik awam mengenai Undang-undang Anti Lompat Parti.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengesyorkan rakyat Malaysia untuk menyertai kaji selidik awam mengenai Undang-undang Anti Lompat Parti.

Beliau berkata, kaji selidik itu bagi mendapatkan pandangan masyarakat umum berkaitan cadangan penggubalan undang-undang tersebut.

“Semua dijemput menyertai kaji selidik awam ini yang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) sehingga 7 Disember 2021.

“Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan masyarakat umum berkaitan cadangan gubalan peruntukan anti lompat parti.

“Pautan kaji selidik ini boleh di akses seperti berikut: http://apps.bheuu.gov.my/survey/index.php?sid=14384&lang=ms,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Artikel Berkaitan: