Kerajaan kena ambil tindakan isu LGBT: Bersatu Kota Bharu

Bersatu Kota Bharu berkumpul selepas membuat laporan di sini.
Bersatu Kota Bharu berkumpul selepas membuat laporan di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Bersatu Kota Bharu mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur himpunan Hari Wanita Sedunia yang didakwa melibatkan golongan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kelmarin.

Ketua Penerangannya, Nor Alinordin Yaman berkata, apa yang berlaku tersebut memberi pandangan negatif kepada tujuan sebenar penganjuran untuk menghargai wanita sedunia.

"Kita gesa pihak polis ambil tindakan mengikut undang-undang kepada penganjur kerana dilihat tidak cakna dengan isu seperti ini, malah kita mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan LGBT kerana ia tidak mencerminkan kehidupan masyarakat di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat dua laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau hadir bersama lebih 20 ahli Bersatu yang mewakili Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Srikandi Kota Bharu, Suhailah Ibrahim dalam masa sama turut berharap agar masyarakat tidak mengaitkan kejadian ribut yang berlaku di Putrajaya dan Shah Alam dengan perhimpunan LGBT tersebut.

"Kerajaan PH tidak pernah membenarkan LGBT di negara ini termasuk menganjurkan perhimpunan.

"Kami semua harap isu LGBT ini menjadi antara perkara penting yang perlu mendapat perhatian daripada kerajaan dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kepada penganjur perhimpunan LGBT,” katanya.

Artikel Berkaitan: