X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Selangor selaras waktu operasi kerja pembinaan

Kerajaan Selangor putuskan untuk menyelaras operasi kerja pembinaan di seluruh negeri ini bermula 1 November lalu.
A
A

SHAH ALAM - Semua kerja-kerja pembinaan di seluruh Selangor dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada setiap hari bermula Isnin hingga Sabtu berkuat kuasa 1 November lalu.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri bersetuju untuk menyelaraskan waktu operasi sektor berkenaan bagi memudahkan proses kerja-kerja pembinaan dilaksanakan oleh pemaju atau kontraktor terlibat.

Beliau berkata, langkah ini adalah selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi setelah Selangor beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Oktober lalu.

"Kerajaan negeri mengambil maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak tahun lalu telah memberi kesan langsung kepada pengoperasian sektor pembinaan dan menyebabkan kelewatan projek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, mana-mana kerja pembinaan yang dilaksanakan di luar ketetapan waktu dibenarkan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Menurutnya, pemaju dan kontraktor juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan Undang-Undang Kecil (UUK) yang ditetapkan pihak PBT.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!