Mohd Daud dilantik penaung KDA FC

Muhammad Sanusi (kiri) bersama Mohd Daud (kanan) selepas tamat sesi sidang media secara dalam talian pada Khamis.
Muhammad Sanusi (kiri) bersama Mohd Daud (kanan) selepas tamat sesi sidang media secara dalam talian pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Tokoh usahawan terkenal tanah air, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai penaung Kedah Darul Aman (KDA) FC mulai Khamis.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, persetujuan pelantikan berkenaan telah melalui beberapa perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam kelab tersebut.

"Penglibatan Mohd Daud diharap menyuntik stamina baharu kepada KDA FC dan industri bola sepak di negara ini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri (Mohd Daud) kerana bersetuju untuk terjun dalam kancah bola sepak yang amat mencabar ini.

"Penglibatan beliau diyakini dapat membantu usaha mewujudkan jaringan pintar KDA FC dengan semua pemegang taruh dan seluruh rakyat Kedah," katanya pada sidang media secara dalam talian, pada Khamis.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pengalaman dan reputasi dimiliki Mohd Daud diyakini berupaya membantu aspek pengurusan kelab dan hal-hal berkaitan demi kemajuan dan kelestarian arena bola sepak Kedah.

Sementara itu, Mohd Daud berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada KDA FC dan kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada beliau untuk memberi nafas baharu meremajakan kelab berkenaan.

"Saya juga berhasrat membangunkan kelestarian kewangan, tadbir urus dan tata kelola, fasiliti, prasarana serta kualiti pemain dan kejurulatihan dalam KDA FC," katanya.

Mohd Daud merupakan seorang usahawan dalam pelbagai bidang di samping memimpin beberapa agensi besar negara sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan: