Polis Kelantan pantau lokasi risiko tanah runtuh

Shafien memotong riben perasmian pembukaan surau berkenaan di IPD Tumpat di sini.
Shafien memotong riben perasmian pembukaan surau berkenaan di IPD Tumpat di sini.
A
A
A

TUMPAT - Polis menyediakan pasukan pemantau di beberapa lokasi di Kelantan yang berdepan risiko tanah runtuh memandangkan kini musim tengkujuh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, untuk persediaan awal, pihaknya menyediakan pasukan pemantau untuk bertugas 24 jam jika berlaku bencana itu.

"Kawasan yang terlibat adalah di Gua Musang, Jeli, Bachok, Kuala Krai dan Pasir Mas. Untuk kawasan Gua Musang ia melibatkan Jalan Kuala Betis ke Lojing dan semua lokasi di Lojing berisiko berlaku tanah runtuh.

"Lokasi lain ialah Batu 18, Jalan Timur Barat Jeli ke Gerik; Tebing Sungai Kampung Kuau di Bachok; Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas dan di Kuala Krai membabitkan Lata Rek, Gunung Stong serta Kampung Chucuh Puteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Ar-Rasyidin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, pada Khamis.

Shafien berkata, persediaan itu turut melibatkan kerjasama bilik gerakan bencana Kerajaan Negeri Kelantan dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan elak melalui kawasan-kawasan berkenaan kerana ia boleh membahayakan keselamatan.

Artikel Berkaitan: