13 individu didenda ceroboh Taman Negara Pahang

No Image Caption
A
A
A

LIPIS - Padah ingkar larangan memasuki Taman Negara Pahang, seramai 13 warga tempatan didenda keseluruhan RM57,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lipis di sini, kerana tiada permit sah.

Majistret Mohamad Amin Shahul menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Yusof Abdul Rahman, Ismarudin Ismail, Mohd Amin Abd Hamid Hamdan Abd Ghani, Azman Ahmad, Isa Latif, Nordin Mohd Nor, Mohd Iqbal Ibrahim, Amirul Ariff Md Rosli, Mohd Ridzuan Mohamed Noor, Muhammad Afifuddin Kamauz-zaman, Mohd Firdaus Mat Isa dan Mohamad Rafiq Abdul Razak.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman denda masing-masing berjumlah RM3,000 seorang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasuki kawasan Taman Negara Pahang tanpa permit yang sah, kira-kira jam 6.30 petang, 18 April, tahun lalu.

Manakala Mohd Yusof dikenakan denda RM18,000 lagi, bagi pertuduhan memiliki peralatan iaitu parang dan 26 unit jaring ikan, pada masa dan hari yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(b) Enakmen Taman Negara ( Pahang ) 1939 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000.00 atau penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Zaitul Hazlin Mat Jusoh.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, kesemua mereka boleh dikenakan 20 bulan penjara, manakala Mohd Yusof boleh dikenakan sehingga 26 bulan penjara.

Artikel Berkaitan: