Imigresen tahan lapan PATI di Cyberjaya, Puchong

Antara warga asing yang diperiksa dalam serbuan Imigresen di Cyberjaya dan Puchong pada Rabu.
Antara warga asing yang diperiksa dalam serbuan Imigresen di Cyberjaya dan Puchong pada Rabu.
A
A
A

PUCHONG - Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan di Cyberjaya dan Puchong pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 25 pendatang asing diperiksa dan daripada jumlah tersebut seramai lapan PATI ditahan dalam operasi pada jam 9 malam itu.

"Lapan warga asing berusia 24 hingga 35 tahun yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki dari Pakistan," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Khairul Dzaimee berkata, seramai 30 anggota penguat kuasa dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya terlibat dalam operasi tersebut.

"Seorang anggota penguat kuasa cedera selepas terbabit dalam pergelutan dengan pendatang asing yang enggan bekerjasama.

"Serbuan dilakukan susulan aduan penduduk tempatan yang kurang selesa dengan masalah sosial ditimbulkan warga Afrika," katanya.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih.

"Mereka yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan: