Wiranita Perkasa pertikai tindakan LGBT salah guna kebebasan bersuara

Foto: Astro Awani
Foto: Astro Awani
A
A
A

SHAH ALAM - Wiranita Perkasa mempertikaikan tindakan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang jelas menyalahgunakan kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi di negara ini.

Ketua Wiranita Perkasa, Foziah Nawawi berkata, tindakan berkenaan juga disifatkan seperti 'melacurkan' kedaulatan undang-undang dan kesucian Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, golongan LGBT tiada hak untuk menuntut sesuatu yang songsang dan bertentangan dengan kesucian serta martabat agama Islam.

“Sambutan dan perarakan yang dibuat sempena Hari Wanita Sedunia yang bertemakan "Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan" memanglah baik, tetapi, tindakan golongan berkenaan memanipulasi dan menyertai himpunan itu amatlah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

“Golongan LGBT telah menggunakan perhimpunan itu untuk mempromosi agenda mereka dan sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan tuntutan dan agenda LGBT berulang kali,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Foziah berkata, perhimpunan memperjuangkan golongan LGBT semasa sambutan Hari Wanita Antarabangsa tidak sepatutnya berlaku.

“Justeru itu, Wiranita Perkasa menggesa golongan LGBT segera insaf dan bertaubat sebelum terlambat. Masa masih ada untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan perjuangkan perkara yang sesat, berdosa dan sia-sia,” katanya.

Sabtu lepas, tindakan golongan LGBT menyertai himpunan umum yang diadakan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa seolah-olah menggalakkan mereka untuk terus muncul di khalayak ramai.

Artikel Berkaitan:

Perbuatan golongan LGBT yang berarak dengan melaungkan tuntutan LGBT disfifatkan mencemarkan perhimpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.