Lelaki maut motosikal terbabas

Motosikal ditunggang mangsa terbabas sendiri di di kilometer 67 Jalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam berhampiran Kampung Parit 11 di sini pada Rabu.
Motosikal ditunggang mangsa terbabas sendiri di di kilometer 67 Jalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam berhampiran Kampung Parit 11 di sini pada Rabu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang terbabas di kilometer 67 Jalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam berhampiran Kampung Parit 11 di sini pada Rabu.

Pada kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa berusia 50 tahun yang beralamat di Kampung Sungai Leman meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Sekinchan.

"Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa terbabas sendiri di tepi jalan Parit 11 dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: