Banjir: Sebuah PPS dibuka di Hilir Perak

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

TELUK INTAN - Bilangan mangsa banjir di daerah Hilir Perak kini meningkat seramai 145 orang berbanding 63 yang dipindahkan pada Rabu.

Ia berikutan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Chikus secara rasmi pada jam 10 malam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata, 46 mangsa daripada 17 keluarga adalah penduduk dari Kampung Belt, Kunci Air 12, Parit 4, Parit 5, Parit 6 dan Parit 7 di sini.

"PPS itu dibuka bagi menempatkan mangsa yang terdiri daripada 16 lelaki, 13 perempuan dan 17 kanak-kanak.

"Kesemua mangsa dipindahkan susulan banjir yang berlaku berikutan limpahan air Sungai Batang Padang akibat hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap turut meningkat dengan menempatkan penduduk dari Kampung Matang Jambu Degong dan Parit 7, Chikus.

Katanya, PPS yang dibuka pada jam 3 petang itu kini menempatkan 31 keluarga melibatkan 32 lelaki, 33 wanita dan 34 kanak-kanak.

"Seramai 62 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditempatkan di lokasi kejadian serta PPS berkenaan bagi kerja-kerja pemantauan dan keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Aras air Sungai Batang Padang mencecah bacaan amaran iaitu 14.4 meter pada setakat jam 8.30 pagi," katanya.