Mangsa banjir di Kedah sedikit meningkat

Foto fail Bernama
Foto fail Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit peningkatan apabila angka itu bertambah kepada 95 orang daripada 26 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 92 orang daripada 25 keluarga pada pagi semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, kesemua mereka itu berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.

"Di daerah Kota Setar, seramai 42 mangsa banjir daripada 15 keluarga masih ditempatkan di PPS SK (Sekolah Kebangsaan) Gunung yang mula diaktifkan pada pukul 10 malam, Selasa lepas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Muaz memberitahu, bagi daerah Kubang Pasu pula, sejumlah 53 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu 22 orang daripada empat keluarga berada di Dewan Kampung Lahar manakala di Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang terdapat 31 orang daripada tujuh keluarga.

Beliau berkata mangsa banjir di daerah Kubang Pasu itu merangkumi penduduk Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong dan Kampung Nang Mah. -Bernama

Artikel Berkaitan: