Pantau kesihatan anak sebelum hantar ke sekolah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEJAK sekolah mula dibuka dan sistem penggiliran kelas dilaksanakan, ramai ibu bapa rasa lega dapat hantar anak masing-masing ke sekolah setelah sekian lama terkurung di rumah.

Walaupun hanya seminggu di sekolah dan seminggu berikutnya di rumah tapi ia sudah cukup untuk mengurangkan tekanan emosi ibu bapa serta anak-anak.

Merak Jalanan turut tergolong dalam kategori ibu bapa di atas. Gembira dapat hantar anak ke sekolah dan pergi ke pejabat semula.

Terkurung lama pun tak elok untuk perkembangan mental anak-anak terutama pada zaman gajet sentiasa di tangan dan internet ada sepanjang masa di rumah.

Kanak-kanak perlukan persekitaran sekolah semula untuk kembali menjadi murid yang normal.

Namun, satu perkara perlu diambil serius oleh ibu bapa adalah pemantauan tahap kesihatan anak sebelum hantar mereka ke sekolah.

Tolonglah wahai ibu bapa yang sibuk bekerja, jangan ambil sikap sambil lewa hantar anak walaupun mereka bergejala – selesema, batuk atau demam.

Memanglah budak-budak nampak aktif tetapi kalau sudah bergejala, Merak Jalanan nasihatkan jangan hantar ke sekolah, nanti menyusahkan semua orang jika terbukti anak anda positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Anak-anak tak akan didenda jika tidak ke sekolah. Janganlah kita ingat pandemik dah berakhir. Pantau kesihatan anak anda setiap hari. Buatlah ujian kendiri kalau sudah bergejala.

Jika ibu bapa tidak peka kesihatan anak, macam mana nak minta orang lain tolong selamatkan. Jangan main hentam sahaja isu Covid-19.

Pelajaran anak-anak tidak akan terganggu walaupun dia tak ke sekolah sebab sakit kerana masih ada tugasan diberikan guru setiap hari.

Majikan pun akan faham, keluarga anda ada gejala dan perlu bekerja dari rumah. Ingat semua ini bermula daripada kita iaitu ibu bapa.