PRN Sarawak: GPS sambut baik keputusan SPR

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
A
A
A

KUCHING - Pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak memang tepat pada masanya, semasa parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat negeri.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataan pada Rabu menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman SPR itu.

Beliau berkata, pandangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg jelas, bahawa mandat baharu adalah penting supaya GPS boleh mendapat asas yang kukuh untuk meneruskan usaha bagi memperjuangkan hak-hak Sarawak.

“Ketua Menteri kita telah sebutkan, tanpa mandat rakyat, apa asas GPS untuk berjuang bagi hak-hak negeri?” kata penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya itu.

Selain PBB, GPS yang ditubuhkan pada Julai 2018 itu turut dianggotai oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:PRN Sarawak 18 Disember: SPR

PRN Sarawak: GPS umum senarai penuh calon 4 Disember ini

Artikel Berkaitan: