Piala Dunia Remaja: Malaysia lepasi ranjau Chile

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Chile bagi saingan Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2021.
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Chile bagi saingan Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2021.
A
A
A

SKUAD remaja kebangsaan negara memulakan kempen hoki Piala Dunia Remaja 2021 langkah kanan apabila menewaskan Chile 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Rabu.

Anak buah Wallace Tan yang melakukan persiapan rapi bagi kejuaraan itu dengan menyertai Siri Jelajah United Kingdom sebagai medan pendedahan dan pengalaman terlebih dulu di depan hasil jaringan pukulan sudut penalti Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-34'.

Gol itu ternyata menyemarakkan semangat para pemain negara apabila Syarman Mat Tee melebarkan lagi jurang jaringan dengan gol ledakan pukulan sudut penalti pada minit ke-43'.

Bagaimanapun Chile yang tidak mengalah kemudian bangkit mengurangkan defisit menerusi jaringan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Sebastián Wolansky pada minit ke-59.

Sementara itu, pemain negara Amirul Azahar dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Dalam aksi sebelah tengah harinya sebelum itu, gergasi Eropah, Belgium tidak berdepan masalah untuk menewaskan jagoan benua Afrika, Afrika Selatan 5 - 1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.

Skuad kendalian Wallace Tan yang menyasarkan suku akhir edisi Bhubaneswar 2021 India selepas ini akan berdepan Belgium pada Jumaat sebelum bertemu Afrika Selatan sehari selepas itu dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Artikel Berkaitan: