Banjir: Penduduk lima kampung dipindahkan

Anggota APM membantu pindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak. Foto: ihsan APM Perak.
Anggota APM membantu pindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak. Foto: ihsan APM Perak.
A
A
A

TELUK INTAN - Seramai 63 penduduk dari lima kampung di Mukim Sungai Manik dan Labu Kubong di sini dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air pada Rabu.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan mangsa merupakan penduduk dari Kampung Sungai Rambai, Kampung Tanjung Keramat, Kunci Air 12 Headwork, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.

Menurutnya, semua mangsa terdiri daripada 20 keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

"Mangsa terdiri daripada 23 lelaki dan 21 wanita dewasa serta 19 kanak-kanak di tempatkan di PPS yang dibuka secara rasmi pada jam 3 petang.

"Operasi pemindahan disertai 33 pegawai dan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, Bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Katanya, banjir berlaku disebabkan limpahan air Sungai Batang Padang berhampiran namun, keadaan banjir masih terkawal dan cuaca dilaporkan baik.

Artikel Berkaitan: