42.29 peratus murid orang asli tidak tamat sekolah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 42.29 peratus murid orang asli tidak menamatkan persekolahan sehingga ke Tingkatan 5 bagi 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bagi 2020 pula, sebanyak 58.62 peratus murid orang asli yang tidak menamatkan persekolahan sehingga ke Tingkatan 5.

“KPM kekal komited dalam memberi perhatian terhadap pendidikan murid orang asli dan berusaha memastikan mereka terus mendapat akses kepada pendidikan,” menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu.

KPM menjawab pertanyaan yang diajukan Chah Lih Kang (PH-Tanjung Malim) mengenai jumlah kanak-kanak orang asli yang tidak menghabiskan tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5. - Bernama

Artikel Berkaitan: