RM57 juta baik pulih kawasan pelancongan di Malaysia

Santhara Kumar
Santhara Kumar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM57.39 juta diperuntuk oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kepada 50 projek bagi membaik pulih, memulihara dan memperkasa kawasan pelancongan dalam negara yang meliputi kawasan luar bandar dan bandar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, ia merupakan antara peruntukan yang diterima di bawah bajet pembangunan sebanyak RM153.8 juta bagi tahun ini.

“MOTAC turut diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan. Satu daripada komponen peruntukan ini adalah bagi 75 projek Penyelenggaraan Kemudahan Pelancongan termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan tapak atau bangunan warisan yang berjumlah RM10.23 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai perancangan kementerian dalam memperkasa infrastruktur kemudahan di tempat tumpuan pelancongan dan peruntukan yang digunakan bagi membaik pulih, memulihara dan memperkasa kawasan pelancongan luar bandar.

Selain itu, Santhara berkata, melalui Belanjawan 2021, MOTAC turut diperuntukkan RM20 juta bagi menambahbaik infrastruktur dan mempergiat promosi kampung-kampung budaya di empat negeri iaitu Terengganu, Melaka, Sarawak serta Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: