X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Ismail Sabri ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEM ke-13

Ismail Sabri
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-13 bermula Khamis.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), sidang kemuncak secara maya itu diadakan selama dua hari dari 25 hingga 26 November, dihoskan Kemboja selaku Pengerusi ASEM.

Sidang kemuncak akan dimulakan dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEM (ASEM SOM) pada 22 hingga 23 November.

Tema tahun ini 'Strengthening Multilateralism for Shared Growth' bertepatan dengan usaha ASEM dalam menangani cabaran global melalui dialog.

"Para pemimpin akan berbincang dan menyemak semula kemajuan, perkembangan dan pencapaian Proses ASEM di bawah tiga (3) tunjang utama iaitu Politik, Ekonomi dan Kewangan, serta Sosio-Budaya," menurut kenyataan itu.

Perbincangan akan menjurus kepada pengukuhan multilateralisme dalam pelbagai dimensi, termasuk keamanan global, keselamatan dan kestabilan, sistem kewangan dan perdagangan, pembangunan ekonomi mampan, kesihatan umum, pemerkasaan wanita, alam sekitar dan perubahan iklim, serta isu serantau dan antarabangsa yang lain.

ASEM terdiri 21 negara Asia, 28 negara Kesatuan Eropah (EU), dua negara Eropah, Sekretariat ASEAN dan Suruhanjaya Eropah. ASEM ditubuhkan pada 1 Mac 1996 bertujuan memupuk dialog dan kerjasama antara Asia dan Eropah.

Malaysia menyertai ASEM pada 1996 dan sejak itu aktif mengambil bahagian dalam semua inisiatif ASEM yang memberi manfaat kepada kedua-dua rantau. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!