Nyaris digilis lori kontena ketika isi angin tayar motosikal

Video tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal hampir digilis lori kontena dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Pelabuhan Klang pada pagi Rabu.
Video tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal hampir digilis lori kontena dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Pelabuhan Klang pada pagi Rabu.
A
A
A

KLANG - Seorang pemuda nyaris digilis sebuah lori kontena ketika sedang mengisi angin tayar motosikal yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Pelabuhan Klang pada pagi Rabu.

Kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, seorang pemuda dilihat sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Secara tiba-tiba sebuah treler yang berada tidak jauh di belakangnya bergerak dan membelok sebelum melanggar belakang badan mangsa.

Mangsa yang sedang duduk mengisi angin tayar bagaimanapun sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir digilis treler berkenaan.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara memaklumkan bahawa siasatan lanjut berkaitan kejadian tersebut sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan: