Tun M ambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19

Dr Mahathir ketika menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di IJN pada Rabu.
Dr Mahathir ketika menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di IJN pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata beliau turut dimaklumkan Dr Mahathir tidak mengalami sebarang kesan sampingan serius selepas pengambilan dos tersebut.

“Alhamdulillah pagi tadi Tun Dr Mahathir telah selamat melengkapkan dos penggalak vaksin Covid-19 beliau di IJN.

“Saya telah dimaklumkan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sendiri bahawa Tun Dr Mahathir tidak mengalami apa kesan sampingan serius selepas vaksinasi dan berada dalam keadaan sihat, ” katanya.

Tangkap layar ciapan di Twitter Dr Noor Hisham pada Rabu.
Tangkap layar ciapan di Twitter Dr Noor Hisham pada Rabu.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham turut mengulangi gesaannya supaya orang ramai tampil mendapatkan perlindungan dengan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19.

“Berdasarkan kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) perlindungan terhadap Covid-19 didapati berkurangan dalam tempoh tiga hingga lima bulan selepas divaksin. Dapatkan dos penggalak untuk perlindungan optimum.

Artikel Berkaitan:

“Untuk janji temu dos penggalak hubungi fasiliti kesihatan di http://protecthealth.com.my utk membuat pendaftaran, ” jelas beliau.