Sinar Harian terima Pingat Cemerlang Bomba

Wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (tengah) bersama dua lagi pengamal media menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diadakan di Hotel Marriott.
Wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (tengah) bersama dua lagi pengamal media menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diadakan di Hotel Marriott.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga pengamal media tempatan termasuk wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Istiadat yang disempurnakan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid yang turut menganugerahkan pingat sama kepada wakil RTM dan Utusan Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan dan penghormatan yang tinggi dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi perkhidmatan kebombaan, di samping peranan luar biasa insan insan ini dalam menabur jasa dan bakti bagi mendepani isu kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Mendahului senarai penerima pada istiadat itu adalah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim turut dianugerahkan penerima khas PKP.

Dua lagi penerima khas PKP adalah bekas Ketua Pengarah Nadma, Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Jemilah Mahmood.

Tiga pengarah bomba negeri turut menerima pingat PKP adalah Pengarah JBPM Pahang, Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa, Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid dan Pengarah JBPM Kelantan Jainal @Zainal Madasin.

Sembilan individu pula dikurniakan Pingat Jasa Bomba (PJB) antaranya Pengarah JBPM Labuan Ismadi Ismail, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai Terengganu, Abdul Khair Osman.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Muhammad Hafizdzul Hamidun mendahului senarai penerima Pingat Setia Bomba (PSB) diikuti Pegawai Khas Kanan Timbalan Menteri KPKT Siti Shafizah Pit.

Secara keseluruhan, seramai 19 orang individu dipilih menerima PSB terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan, orang awam dan seorang pengamal media.

Pada majlis yang sama, seramai 36 lagi individu dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) terdiri daripada pegawai pelbagai bahagian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima pingat kebesaran JBPM tahun ini seramai 72 orang.