Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus

No Image Caption
A
A
A
Projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus kini sudah 94.83 peratus siap berbanding jangkaan 95.11 peratus seperti dijadualkan.

Lebuhraya tersebut sepatutnya dibuka kepada orang awam pada Julai lepas seperti diumumkan sebelum ini.

Namun berikutan beberapa faktor telah menyebabkan projek berkenaan dilanjutkan ekoran masalah teknikal membabitkan kerja tambahan selain kekangan akibat pandemik COVID-19.

Ia membabitkan pembinaan sambungan kepada Jalan Bukit Kukus dengan Lebuhraya Thean Teik dan Lebuh Bukit Jambul sepanjang lima kilometer manakala sebahagian lagi adalah pembinaan pautan dari Jalan Bukit Kukus ke Jalan Tun Sardon (Tun Sardon Link) sepanjang 600 meter.

Laluan tersebut dengan ketinggian 60 meter berkenaan dijangka menjadi lebuh raya paling tinggi di Malaysia selepas jambatan Lebuhraya Rawang-Serendah atau Rawang Bypass iaitu 58.2 meter.
Artikel Berkaitan:


Lebuhraya berkembar itu mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas pada kadar sehingga 30 peratus. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Jerebu Kuala Lumpur

No Image Caption
GALERI

Hari Bumi Sedunia 2024