Bayern Munich tak goyang di Kiev

Neuer, Lewandowski dan para pemain Bayern lain meraikan kejayaan mengatasi Dynamo Kiev di Kiev. FOTO AFP
Neuer, Lewandowski dan para pemain Bayern lain meraikan kejayaan mengatasi Dynamo Kiev di Kiev. FOTO AFP
A
A
A

BAYERN Munich yang kehilangan separuh para pemain kerana menjalani kuarantin Covid-19 meneruskan momentum positif saingan Liga Juara-Juara apabila mengatasi Dynamo Kiev 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Kiev.

Dua gol hasil jaringan daripada Robert Lewandowski (14') dan Kingsley Coman (42') sudah cukup membolehkan gergasi Bundesliga itu mengekalkan status pendahulu kumpulan dengan berbaki satu perlawanan.

Dynamo, yang telah tersingkir dari saingan berjaya mengurangkan defisit hasil daripada jaringan Denys Garmash pada minit ke-70.

The Bavarians, yang tampil dengan misi memburu tiga mata selepas dikejutkan kekalahan 1-2 kepada Augsburg dalam saingan Bundesliga pada Jumaat, kini gah di puncak kumpulan dengan 15 mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Bayern juga mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan di laman lawan dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Ia mungkin bukan persembahan terbaik kami tetapi secara keseluruhan kami berpuas hati di Liga Juara-Juara setakat ini dengan lima kemenangan dari lima perlawanan apabila mengumpul 15 mata.

“Adalah penting untuk memberi tumpuan kepada tugas hari ini dan mengetepikan semua isu lain.

“Tetapi itu tidak semudah itu apabila anda mempunyai skuad berbeza dengan pemain yang kebiasaannya tidak berada dalam kesebelasan utama,” kata penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Artikel Berkaitan: