Final Liga Juara-juara Asia AFC dianggap iklan terbaik

Hamidin bersama Infantino di Riyadh ketika menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-juara Asia AFC di antara Al-Hilal SFC menentang Pohang Steelers
Hamidin bersama Infantino di Riyadh ketika menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-juara Asia AFC di antara Al-Hilal SFC menentang Pohang Steelers
A
A
A

PERLAWANAN akhir Liga Juara-juara Asia AFC di antara Al-Hilal SFC dari Arab Saudi dan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, dianggap iklan terbaik bola sepak Asia di peringkat kelab.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyaksikan perlawanan tersebut di mana turut dihadiri Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika Al-Hilal menjuarai trofi di hadapan 50,171 penonton yang berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh menyifatkan final itu sebagai kemuncak yang menepati jangkaan.

“Pendekatan AFC untuk membuka ruang kepada pucuk pimpinan negara anggota dan ahli exco menyaksikan kemuncak saingan ini bukan sahaja baik untuk bertukar pendapat, tetapi juga berbincang mengenai standard bola sepak Asia dalam suasana kekitaan.

“Terima kasih AFC dan tahniah kepada Al-Hilal,” katanya.

Dengan kemenangan 2-0, Al-Hilal pastinya berbangga dengan koleksi empat trofi itu, yang menjadikan mereka sebagai kelab paling berjaya di peringkat benua Asia.

Untuk rekod, Al-Hilal muncul juara pada edisi 2019, mengungguli saingan Kejohanan Kelab Asia pada 1991 dan 2000.

Hamidin sebelum ini menerima undangan AFC yang membawa Presiden-presiden 46 negara anggota bersama barisan ahli jawatankuasa eksekutifnya yang hadir ke Manama, Bahrain bagi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kelapan bagi penggal 2019-2023, Ahad lalu.

Hadir sama ialah Presiden AFC, Presiden AFC, Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa dan Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John.

Artikel Berkaitan: