X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Desak segerakan PRU15 bukti UMNO tidak peduli rakyat

Akmal Nasrullah
A
A

SHAH ALAM- Kecenderungan UMNO untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada kadar segera memperlihatkan parti itu tidak mengambil peduli situasi rakyat dan negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keputusan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa parti itu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Jangan ingat kemenangan di Melaka, UMNO mampu meraih undi rakyat. Kalau dikira peratusan undi popular Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini berbanding PRU14 lalu, peningkatannya cuma 0.5 peratus saja.

“Pada PRU14, BN meraih undi popular sebanyak 37.5 peratus berbanding Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menggunakan lambang PKR memperoleh sokongan sebanyak 50.8 peratus.

“Jadikan iktibar PRN di Sabah sebelum ini yang menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakan kuasa oleh pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook rasminya pada Rabu.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mengingatkan bahawa terdapat jangkaan gelombang kes Covid-19 akan berlaku bulan depan.

Justeru, beliau mengharapkan kepimpinan UMNO untuk berpegang kepada perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan PH.

Pada Ahad lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pandangan agar PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu selepas sahaja BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!