X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

RWT sedia solusi bekalan air kecemasan di Johor

Min Hui (kanan) melihat kualiti air di tangki penapis pasir Loji Pakej LRA Sultan Iskandar di sini pada Isnin.
A
A

PASIR GUDANG - Ranhill Water Technologies (RWT) Sdn Bhd mempunyai solusi baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air melibatkan tekanan air rendah, paras air empangan cetek dan kerosakan peralatan di semua fasiliti loji rawatan air (LRA) di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif RWT, Tin Wai Han berkata, solusi itu adalah menerusi pembangunan teknologi loji pakej (package plant) yang ketika ini ditempatkan bagi kegunaan semasa di LRA Sultan Iskandar di Masai di sini.

Menurutnya, loji berkeluasan 1,710 persegi itu telah beroperasi sejak Februari lalu sebagai loji sokongan bekalan air sekiranya loji konvensional tidak dapat beroperasi di tahap maksima terutama ketika air dari empangan di paras cetek.

"Loji pakej ini kapasitinya adalah 20 juta liter padu (MLD) yang mana kita bangunkan untuk menyokong bekalan air sedia ada, contoh ketika musim perayaan, kemarau atau kekurangan air, kita masih ada bekalan air sokongan untuk pengguna.

"Buat masa ini, loji ini memang sudah beroperasi yang mana ketika ini ia membantu proses rawatan air bagi kawasan sekitar Pasir Gudang dan sebahagian Johor Bahru melibatkan keseluruhan pengguna kira-kira 120,000 akaun," katanya kepada pemberita ketika melawat LRA Sultan Iskandar di sini pada Rabu.

Wai Han berkata, loji pakej dengan kos pembangunan bernilai RM 19.5 juta itu senang untuk diselenggara selain bersifat mudah alih serta boleh digerakkan di mana-mana kawasan yang mempunyai masalah bekalan air.

"Loji pakej ini dibangunkan dengan bersifat 'modular' yang mana kita boleh tambah apa-apa keperluan untuk memaksimumkan air yang dirawat, ia juga mudah alih dan kita boleh buka semula kerana bahan digunakan adalah 'stainless steel'.

"Apa yang kita mahu adalah loji ini lebih cepat, mudah dan boleh dibuka bila-bila masa. Jadi selepas ini apa-apa yang terjadi macam di Kota Tinggi yang perlukan air, kita buka sahaja sistem ini dan pasang kerana paip di negeri ini semua bersambung," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar RWT, Lim Min Hui berkata, loji pakej itu juga turut dijana dengan tenaga hijau iaitu panel solar bagi mengurangkan 10 peratus penggunaan elektrik.

"Satu lagi keunikan loji pakej ini adalah ia turut menggunakan tenaga solar yang kita pasang di bahagian bumbung bagi menjana kira-kira 50 kilowat untuk operasi loji. Kebiasaannya loji ini memerlukan 500 kilowat.

"Panel ini juga kita selenggara sendiri dan dengan pengurangan yang ada, kita boleh meminimumkan lagi kos operasi untuk rawatan air di kawasan ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!