MetMalaysia keluarkan amaran angin kencang, laut bergelora

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang melibatkan beberapa kawasan terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang melibatkan beberapa kawasan terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang melibatkan beberapa kawasan terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur.

Melalui satu makluman di laman sesawang rasmi MetMalaysia yang dikeluarkan pada jam 1 petang Rabu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur sehingga jam 5 petang Rabu.

"Keadaan berkenaan dijangka boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, menurut portal rasmi e.Banjir Kelantan, seramai 17 mangsa dari tiga keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Rantau Panjang yang dibuka sejak 18 November lalu.

Hujan berterusan di beberapa kawasan juga menyebabkan peningkatan jumlah air di sungai-sungai utama di negeri ini.

Artikel Berkaitan: