SeLangkah perkenal fungsi baharu

Amirudin memuat naik info grafik aplikasi SeLangkah di Facebook beliau pada Rabu.
Amirudin memuat naik info grafik aplikasi SeLangkah di Facebook beliau pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan fungsi tempahan janji temu saringan Covid-19 dan pembelian kit ujian kendiri menerusi aplikasi mudah alih SeLangkah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kemudahan itu membantu warga Selangor merancang sebarang aktiviti dan perjalanan dengan selamat selepas kebenaran rentas negeri diberikan.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa peka dan cakna dengan perkembangan semasa negara bagi memastikan usaha dilaksanakan dapat diselaraskan mengikut keperluan rakyat.

"Semoga kemas kini fungsi ini dapat memberi kebaikan kepada seluruh warga Selangor menjalani kehidupan seharian dengan lebih selamat dan mudah," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

SeLangkah mula diperkenalkan pada Mei 2020 bagi memudahkan orang ramai membuat pemantauan berikutan penularan pandemik Covid-19 dan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Aplikasi itu kemudiannya berkembang dengan pelbagai ciri termasuk e-dompet dan Selangor Mental Sehat untuk menangani isu kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: