X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Suami isteri ditahan disyaki edar dadah

Sebahagian 51 individu ditahan polis dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sekitar Manjung. Foto ihsan Polis
A
A

LUMUT - Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Taman Melati di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pasangan berusia 27 tahun itu ditahan Pasukan Rondaan Cegah Jenayah sekitar jam 6.30 petang.

"Hasil pemeriksaan badan tidak menemui apa-apa barang terlarang, namun pemeriksaan di rumah telah menemui cebisan daun kering mampat disyaki dadah jenis ganja dianggarkan berat 114.61 gram.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC)," katanya di sini pada Rabu.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang juga penagih disyaki melakukan kegiatan itu sejak dua bulan lalu untuk pasaran tempatan.

"Mereka direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nor Omar berkata, seramai 51 individu ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sempena Op Sarang Khas Bersepadu (Jihad Dadah) sekitar Manjung.

"Dalam operasi bermula Ahad hingga Selasa, polis menahan dua individu yang dikehendaki selain merampas heroin seberat 18.7 gram, syabu (18g), ganja (114.6g), ketamin (8.2g) dan lapan biji pil eramin 5 bernilai RM 9,185.

"Kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39A, Seksyen 12(2), Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Katanya, operasi berkenaan turut disertai Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!