Dos penggalak diberi esok untuk ahli Parlimen belum terima

Mohd Rashid ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
Mohd Rashid ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya diadakan esok (Khamis) untuk sesi ketiga di klinik Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr Murugesu Raju di klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak tersebut,“ katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 dan 11 November lepas.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Okt lepas untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. - Bernama
Artikel Berkaitan: