Polis buru lelaki terlibat kes curi

Seorang lelaki dalam rakaman CCTV di sebuah rumah di Taman Sungai Sembilang, pada Selasa sedang dikesan polis untuk membantu siasatan kes curi.
Seorang lelaki dalam rakaman CCTV di sebuah rumah di Taman Sungai Sembilang, pada Selasa sedang dikesan polis untuk membantu siasatan kes curi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes curi di sebuah rumah di Taman Sungai Sembilang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian kes curi jam 8.05 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa meninggalkan rumah tanpa menutup pintu pagar hadapan untuk keluar berniaga.

"Suspek dipercayai seorang lelaki menaiki sebuah Proton Wira warna merah masuk ke dalam kawasan rumah mangsa dan mengambil satu pam racun serta tiga kaki payung berniaga," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Ramli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Firdaus di talian 014-5881805 atau mana-mana balai polis berhampiran

"Polis meminta orang ramai tampil bantu siasatan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian ini yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK)," ujarnya.

Sementara itu, perbuatan lelaki itu dirakam CCTV berdurasi dua minit 58 saat turut tular di Facebook.

Rakaman CCTV itu menunjukkan lelaki terbabit memakir sebuah kereta di hadapan rumah mangsa dan kemudian turun dari kenderaan lalu masuk ke dalam rumah sebelum menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon.

Artikel Berkaitan:

Suspek yang menyedari kawasan perumahan terbabit lengang kemudian mencuri beberapa barangan dan memasukkan ke dalam kenderaannya sebelum beredar.