Wanita maut MPV terbabas masuk parit

Kenderaan MPV Nissan Serena dinaiki dua individu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Puloh, Bandar Bukit Raja pada Rabu.
Kenderaan MPV Nissan Serena dinaiki dua individu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Puloh, Bandar Bukit Raja pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Puloh, Bandar Bukit Raja pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.23 pagi.

"Kemalangan membabitkan sebuah Nissan Serena terbabas dan masuk ke dalam parit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Norazam berkata, mangsa wanita yang berada di dalam kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 38 tahun selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, seramai tujuh anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang ke lokasi kejadian.

"Kerja menyelamat mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit berikutan kenderaan berada di dalam parit dan tenggelam," katanya.

Artikel Berkaitan: