Ronaldo pacu kemaraan Manchester United

Aura Ronaldo pencetus kebangkitan Manchester United ketika mengatasi Villarreal.
Aura Ronaldo pencetus kebangkitan Manchester United ketika mengatasi Villarreal.
A
A
A

GOL penghujung babak kedua Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho mengesahkan slot Manchester United ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara setelah mengatasi Villarreal 2-0.

Tampil ke Estadio de la Ceramica dengan misi kemenangan untuk meloloskan diri ke pusingan 16 terbaik, ternyata penampilan pertama bekas pemain The Red Devils, Michael Carrick sebagai pengendali mengantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat baru-baru ini bergelut membawa pulang tiga mata.

Sebaliknya anak buah Unai Emery mempunyai beberapa peluang merobek gawang pelawat terutamanya menerusi Manu Trigueros, namun dinafikan ketangkasan penjaga gol United, David de Gea.

Ronaldo sekali lagi menjadi pencetus kebangkitan Manchester United apabila meledak jaringan penting apabila memanfaatkan kealpaan penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli untuk pendahuluan pada minit ke-78.

Bintang Portugal itu sekali lagi menjadi pencetus untuk gol kedua Manchester United apabila hantaran kepada Bruno Fernandes, disudahkan Sancho mengesahkan kemenangan pelawat.

Kemenangan di laman keramat The Yellow Submarines itu menyaksikan The Red Devils mendahului Kumpulan F dengan 10 mata, tiga mata di depan Villarreal.

"Ia kemenangan yang amat bermakna selepas beberapa bulan kebelakangan ini tidak begitu baik.

"Kami memerlukan keputusan positif dan untuk para penyokong kerana kami tahu betapa sukarnya untuk mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun kami perlu memastikan ini baru permulaan," kata kapten United, Harry Maguire.

Liga Juara-Juara

Keputusan

Villarreal 0-2 Manchester United

Cristiano Ronaldo 78'

Sancho 90'

Dinamo Kiev 1-2 Bayern Munich

Lewandowski 14'

Coman 42'

Harmash 70'

Sevilla 2-0 Wolfsburg

Joan Jordán 12'

Rafa Mir 97'

Lille 1-0 Salzburg

David 31'

Malmö 1-1 Zenit

Rieks 28'

Rakitskiy (P)92'

Chelsea 4-0 Juventus

Chalobah 25'

James 55'

Hudson-Odoi 58'

Werner 90+5'

Barcelona 0-0 Benfica

Young Boys 3-3 Atalanta

Zapata 10'

Siebatcheu 39'

Palomino 51'

Sierro 80'

Hefti 84'

Muriel 87'