PRN Sarawak: SPR dijangka umum tarikh-tarikh penting hari ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka umumkan tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.

Sidang akhbar oleh pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh akan berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Sarawak bermula jam 9 pagi ini.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa pada 3 November telah memberi laluan kepada berlakunya PRN.

SPR pada 4 November lalu mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut. - Awani

Artikel Berkaitan: