Reformasi JHEV, jangan abaikan veteran ATM

GRVATM berhimpun di Kuala Lumpur, hari ini.
GRVATM berhimpun di Kuala Lumpur, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM) kesal kerana masih dipinggirkan meskipun tampuk kuasa pertadbiran negara sudah bertukar kerajaan baharu.

Pengerusi Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM), Azizan Salleh mendakwa, setakat hari ini Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran PH seolah-olah memandang sebelah mata isu melibatkan golongan veteran.

"Sudah tiba masanya, kerajaan baharu bertindak memperhalusi keperluan veteran ATM yang mendambakan solusi dan satu pelan hala tuju yang membantu meningkatkan ekonomi serta kebajikan kami.

"Bagaimanapun, sebelum ke peringkat tersebut pihak kerajaan diminta mereformasikan terlebih dahulu pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di cawangan-cawangan seluruh negara," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Aman Tentera #VeteranBangkit ATM di pekarangan sebuah pusat beli-belah di ibu kota, di sini.

Azizan
Azizan

Menurut Azizan, pengurusan JHEV perlu disusun dan ditambahbaik kerana sistem yang digunakan kurang memberi manfaat terhadap 380,000 ahli veteran ATM di negara ini.

Beliau turut mempersoalkan kelancaran perkhidmatan JHEV menguruskan hal-hal permohonan dan keperluan veteran dalam keadaan berdepan masalah kekangan staf.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contoh, bagaimana pejabat JHEV di Kedah mampu menjaga kebajikan veteran ATM di seluruh Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis?. Walhal, mereka hanya mempunyai tiga anggota, dua pegawai dan kemudahan pengangkutan yang terhad," jelasnya.

Sehubungan itu, GRVATM mendesak Kementerian Pertahanan menstruktur semula pengurusan dan kemudahan JHEV dalam kadar segera untuk kebaikan semua pihak khususnya veteran ATM.

"Jika pihak JHEV memerlukan pertambahan petugas kami menyarankan kementerian melantik wakil daripada kalangan veteran ATM.

"Secara tidak langsung, wakil-wakil ini dapat membantu mengenal pasti veteran yang uzur, sakit atau mengalami masalah kewangan memandangkan sehingga kini sebahagian besar veteran masih menerima pencen pada kadar rendah," ujarnya.