X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Pemain Melaka United perlu berikan segala-galanya Jumaat ini

Penyerang import Melaka United, Adriano (hadapan) meraikan jaringannya pada perlawanan di Cheras itu. -Foto: MUSA
A
A

PEMAIN Melaka United diminta untuk memberikan segala-galanya pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat pada Jumaat dalam usaha melakar sejarah mara ke final kali ini.

Menurut pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan, aksi separuh akhir kedua kali ini disifatkan sebagai aksi paling mustahak kepada kesemua pemain dan pemain perlu berusaha dengan lebih gigih.

Malah katanya, aksi separuh akhir kedua kali ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk Melaka United untuk mara ke pentas akhir.

“Inilah sahaja peluang, inilah permainan paling mustahak. Apa yang telah mereka korbankan daripada awal, inilah satu game (perlawanan) untuk mereka buat sejarah.

“Saya akan ingatkan pemain, inilah the best moment (detik terbaik), untuk mereka berpuas hati bermain bola sepanjang musim 2021.

“Jadi, pemain perlu berikan segala-galanya Jumaat ini,” katanya sejurus tamat perlawanan Isnin lalu.

Aksi separuh akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin lalu menyaksikan Melaka United terikat 1-1 dengan KL City.

Biarpun mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pada minit kelapan oleh Adriano Aparecido Narcizo, namun hasil satu serangan balas, KL City berjaya merapatkan jurang pada minit ke-26 hasil jaringan Zhafri Yahya.

Mengulas mengenai kelebihan gol di tempat lawan yang dimiliki Melaka United, Zainal Abidin berkata, ia memang memberikan sedikit kelebihan buat skuad kendaliannya itu bagi mengharungi aksi separuh akhir kedua pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, pemain-pemain diharap lebih fokus bagi berdepan asakan-asakan lawan kerana apa sahaja boleh berlaku pada aksi separuh akhir berkenaan.

“Dalam dua tiga hari ini, kita akan siapkan game plan bermain di tempat sendiri. Kita nak clean sheet di tempat kita dan mencipta lebih banyak peluang gol.

“Insya-ALLAH, di sini kita ingin mencipta sejarah dengan sokongan daripada penyokong Melaka United akan memberikan semangat kepada pemain,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!