Kedai alat ganti kereta di Segambut hangus

Premis menjual alat ganti kereta musnah dalam kebakaran pada Selasa.
Premis menjual alat ganti kereta musnah dalam kebakaran pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah premis menjual alat ganti kereta terpakai di Jalan Kampung Pasir, Segambut di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Menurut beliau, premis berkenaan menjalankan perniagaan menjual alat ganti kereta dan kereta lusuh yang mempunyai lesen yang sah.

"Buat masa ini punca kebakaran masih belum dikenalpasti dan kita akan menunggu siasatan daripada pasukan forensik bomba," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Selasa berkata, seramai 83 anggota dari lapan balai bomba terlibat dalam operasi pemadaman api tersebut.

"Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai seluas 40x100 kaki terbakar hampir 90 peratus.

Operasi pemadaman melakukan teknik 'offensive' dan 'defensive' dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan rebakan yang lebih besar," ujarnya.

Artikel Berkaitan: