X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Cadangan tubuh Konsortium Perikanan Laut Dalam dipertimbang

Ronald Kiandee mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara pada Selasa.
A
A

SHAH ALAM - Penubuhan Konsortium Perikanan Laut Dalam antara cadangan yang sedang dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Selasa.

MAFI dalam satu kenyataan berkata, Pengukuhan Kawalan Biosekuriti Agromakanan melalui penubuhan One Stop Quarantine Center (OSQC) serta pewartaan cili merah sebagai barang kawalan bagi pengurusan data yang lebih komprehensif dan efektif turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Menurut kenyataan itu, idea dan saranan yang diketengahkan akan diperhalusi dan ditambahbaik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dijangka bersidang dalam masa terdekat.

"Mesyuarat juga mengambil maklum perkongsian mengenai kemudahan makmal dalam menyediakan perkhidmatan analisis makanan negara.

"Scorecard yang dibangunkan khusus untuk memantau pelaksanaan lima teras strategik dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 berasaskan pendekatan kluster turut dipersetujui.

"Prestasi Negara yang menunjukkan peningkatan sembilan anak tangga dengan menduduki tangga ke-39 dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2021 turut dilaporkan dalam mesyuarat kali ini," kata kenyataan itu.

Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Exco-Exco Pertanian, Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) serta Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF).

"Penglibatan kerajaan negeri merupakan pemangkin kepada sinergi antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam memacu agenda sekuriti makanan negara secara menyeluruh ke arah meningkatkan kemakmuran 'Keluarga Malaysia'," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!