PN tak pernah minta jawatan untuk dua ADUN Melaka

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM – Pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) tidak pernah meminta jawatan untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan turut mempersoalkan kenapa ada isu mengenai dua ADUN PN yang mahu menyertai kerajaan negeri.

“Kita akan mengkaji keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terutama jumlah sokongan yang kelihatan meningkat kepada kita di banyak kawasan,” katanya melalui kemaskini di Facebooknya pada Selasa.

Beliau turut mengulas laporan mengenai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang dipetik berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.

Mohamad memberitahu, BN tidak berada dalam kedudukan yang memerlukan parti itu untuk membawa masuk dua ADUN berkenaan sebagai Exco dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menambah, PN akan merangka strategi bagi membolehkan gabungan itu memperkukuh parti.

“Kita akan jadikan PRN Melaka sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah mara ke hadapan,” tulisnya di media sosial itu.

Artikel Berkaitan: