Aaron-Wooi Yik nyala impian layak ke Jelajah Dunia Akhir BWF

Aaron dan Wooi Yik
Aaron dan Wooi Yik
A
A
A

HARAPAN beregu Lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk layak ke saingan Jelajah Dunia Akhir BWF terus menyala selepas menumbangkan pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel pada pusingan pertama Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Bagaimanapun pemegang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 itu terpaksa berkerja keras pada set pertama sebelum memenangi perlawanan itu dengan kemenangan straight set 25-23, 21-12 dalam aksi yang berlangsung selama 41 minit.

Pilihan kelima kejohanan itu bakal bertemu pasangan senegara Ong Yew Sin- Teo Ee Yii esok, yang berjaya menumbangkan satu lagi pasangan beregu professional Malaysia, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong 21-11,21-11 untuk merebut slot ke suku akhir.

Untuk rekod Aaron-Wooi Yik kini berada di kedudukan kesembilan dalam ranking kejohanan akhir musim itu.

Hanya lapan pasangan terbaik dalam ranking Jelajah Dunia Akhir layak beraksi di kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.5 juta (RM6.23 juta) itu.

Artikel Berkaitan: