Latihan cadangan pembukaan laluan VTL Malaysia-Singapura diadakan

Ciapan Khairy di Twitter rasminya berhubung latihan cadangan pembukaan laluan VTL darat Malaysia- Singapura.
Ciapan Khairy di Twitter rasminya berhubung latihan cadangan pembukaan laluan VTL darat Malaysia- Singapura.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu sesi latihan berhubung cadangan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa memaklumkan latihan berkenaan membabitkan pegawai dari Malaysia dan Singapura.

"Pegawai dari Malaysia dan Singapura sedang melaksanakan ‘dry run’ bagi cadangan pembukaan VTL melalui Tambak Johor hari ini.

"Pembukaan sempadan ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat kedua-dua negara. Semoga berjaya," tulisnya.

Pada Ahad, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dilaporkan berkata, seramai 1,440 individu dijangka menggunakan laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura yang akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.

Katanya, bagi memudahkan pelaksanaan VTL tersebut kerajaan negeri sudah menghantar prosedur operasi standard (SOP) khas kepada kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dijangka mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, pada tarikh sama bagi meninjau kemasukan individu menerusi VTL darat antara Malaysia- Singapura.