Banjir kilat: Dua PPS masih dibuka libat 41 mangsa

Kejadian hujan sejak petang Isnin akibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter. - Foto ihsan pembaca
Kejadian hujan sejak petang Isnin akibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif beroperasi susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Ampang pada petang Isnin.

Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, seramai 41 mangsa terdiri daripada 15 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Pangsapuri Desa Lembah Permai.

Menurut kenyataan itu, PPS Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Ampang Indah masih dibuka sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

"PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Serai yang dibuka pada Isnin juga telah ditutup sepenuhnya pada hari ini," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, UPBN Selangor akan terus memantau dan membuat tindakan susulan berhubung kejadian banjir kilat itu.

"UPBN Selangor akan menyampaikan maklumat terkini dari masa ke masa," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir Ampang dipindahkan

Selangor ambil tindakan segera bantu mangsa banjir kilat: MB

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian berkenaan, seramai kira-kira 258 mangsa perlu ditempatkan di beberapa PPS setakat jam 10.20 malam Isnin susulan kediaman mereka dinaiki air berikutan banjir kilat.

Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’Ai berkata, kira-kira 64 buah rumah telah terkesan dalam kejadian itu.