X

Kindly register in order to view this article
!

'Usah manipulasi hak kebebasan bersuara promosi LGBT'

Muhammad Faiz Na'aman
A
A

PETALING JAYA - Rakyat digesa agar tidak memanipulasi hak kebebasan bersuara dengan mempromosikan budaya lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer atau kelompok yang mempersoalkan identiti seksual diri (LGBT) di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata tindakan itu yang secara jelas melanggar fitrah alam dan manusia normal sebenarnya mampu menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Justeru, kerajaan perlu bertindak tegas dan pantas bagi mengekang sebarang amalan songsang atau kegiatan termasuk perhimpunan membabitkan golongan LGBT, katanya yang mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dalam sidang media di sini hari ini.

“Golongan LGBT tidak sepatutnya memaksa konservatif (masyarakat) menerima gaya hidup mereka kerana kita masih ada sensitiviti. Ini secara tidak langsung boleh mengundang tindakan provokatif daripada kumpulan berkenaan (masyarakat konservatif).

“Dalam masa yang sama, kita juga tidak menyokong sebarang keganasan atau diskriminasi terhadap mana-mana pihak termasuk kepada LGBT. Kami hanya tidak mahu mereka mempraktik budaya songsang di tempat terbuka,” katanya.

Sabtu lepas, media melaporkan dalam satu himpunan dan perarakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang diadakan berhampiran sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Muhammad Faiz turut mengecam tindakan penganjuran perhimpunan itu sebagai biadap, tidak sensitif dan terdesak.

Beliau berkata, mereka (peserta perhimpunan) cuba menggambarkan seolah-olah kaum wanita dan pengamal LGBT ini mempunyai status yang sama iaitu kononnya mereka kelompok yang ditindas dalam negara ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!